TOKMA REMPAH GULAI NASI MINYAK 25G

  • Fast Shipping

    Receive products in amazing time
  • Easy Returns

    Return policy that lets you shop at ease
  • Always Authentic

    We only sell 100% authentic products
  • Secure Shopping

    Your data is always protected

RM1.60

SKU: 1029 Category:

Description

Rempah Tok Ma

Rasa Rempah Sebenar

ANAK JASA (M) SDN BHD adalah syarikat pengeluar dan pengedar rempah serbuk berjenama TokMa. Rempah TokMa dihasilkan dari ramuan asli yang diproses secara tradisional (‘homemade’) menggunakan 100% rempah terpilih tanpa bendasing. Rempah yang dihasilkan tidak menggunakan sebarang bahan pewarna, perisa dan pengawet.

Hasil dari proses pengeluaran yang bersih dan tersusun, rempah TokMa telah mendapat pensijilan HALAL pada 31 Oktober 2007 dan pengiktirafan MeSTI pada 12 Jun 2014. Kini rempah TokMa dalam peringkat akhir persediaan untuk mendapat pensijilan GMP yang dijangka diperolehi pada suku pertama tahun 2018.

Syarikat Anak Jasa (M) Sdn Bhd telah didaftarkan di Kuala Lumpur pada 16 November 2006. Pada awalnya syarikat beroperasi di rumah kedai di Taman Waris, Bukit Payong, Marang Terengganu. Pada ketika itu tumpuan banyak diberikan kepada keperluan untuk memulakan operasi dan bukan kepada perniagaan atau pemasaran. Antara keperluan yang diberi keutamaan ialah peralatan untuk memproses rempah, keperluan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk perlesenan memproses dan meniaga, pensijilan Halal dan juga pembungkusan.

Syarikat telah mendapat bantuan dari kerajaan melalui MPEB, Majlis Pembangunan Belia Malaysia untuk pembungkusan yang diuruskan oleh SIRIM Berhad. Oleh kerana sebab-sebab tertentu pembungkusan hanya dapat disiapkan pada awal tahun 2008. Kelewatan ini juga adalah disebabkan masa yang agak lama diambil untuk memenuhi keperluan untuk mendapat pengiktirafan sijil Halal oleh syarikat.

Pada Oktober 2013, hasil bantuan dari Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, operasi syarikat sekali lagi telah berpindah dari rumah kedai ke kawasan perindustrian iaitu di Kilang Bimbingan YPU, Kawasan Perindustrian Bukit Kor, Marang Terengganu. Beberapa perubahan telah dibuat termasuk susunatur memproses rempah berpandukan bimbingan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan piawaian dari SIRIM.

Pada Jan 2016 hingga kini, syarikat sekali lagi berpindah dan beroperasi sepenuhnya di Terengganu Halal Park, Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu. Kini, syarikat mampu mengeluarkan produk rempah TokMa dengan melipat gandakan keluaran mengikut permintaan yang tinggi dan mampu untuk bersaing di pasaran.

Additional information

Weight0.050 kg
0.0/5
0 reviews
0
0
0
0
0

There are no reviews yet.

Be the first to review “TOKMA REMPAH GULAI NASI MINYAK 25G”